Keputusan Penggal 1 2023
Pengumuman Keputusan Peperiksaan Penggal 1
Alhamdulillah, keputusan untuk Penggal 1 telah diumumkam. Secara umumnya Pusat Tingkatan 6 berada di kelompok 3 bawah namun keputusan calon agak memberangsangkan. Gred Purata Sekolah 1.44 - masih di landasan yang diharapkan oleh tenaga pengajar PTE SMK Pinawantai.
Pelajar yang mendapat gred kurang baik mempunyai peluang membaiki gred pada Peperiksaan Ulangan 1. Pembelian PIN untuk Ulangan 1 akan mula dibuka pada 27/5/2024. Pelajar boleh membuat pembelian PIN di kaunter BSN , mesin ATM BSN dan online banking BSN. Pelajar perlu berhubung denga Setiausaha Peperiksaan STPM, En Jimis M.
Peperiksaan Ulangan ini akan dapat memperbaiki keputusan keseluruhan STPM calon/pelajar. Oleh itu, pelajar digalakkan mengambil peperiksaan ini. Harga PIN untuk setiap subjek adalah RM50.00. Selagi tidak mencapai gred A - ulang. Pelajar boleh menghubungi guru kelas sekiranya ada kesulitan berhubung Peperiksaan Ulangan.
Sunin Saidi

Comments
Post a Comment